Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima.

Perkara itu diluahkannya menerusi akaun Twitter rasminya @cheminahsayang selepas baginda meluahkan rasa dukacita apabila mengetahui syarat persekolahan hanya diwajibkan sehingga ke Tahun Enam.

“Saya selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima. Hari ini baru saya dapat tahu ia hanya wajib hingga Tahun Enam.

“Jadi, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak,” tulisnya.

Awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pernah menyatakan, kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan kanak-kanak melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima.

Katanya, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah mungkin berdepan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.

Akta tersebut ketika ini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam sahaja.

Carian Web

Artikel Terdahulu

Cara Buat QR Code https://www.raihanjalaludin.com/2020/01/cara-buat-qr-code.html?m=1

Selamat Datang Kepada Sensei Ria Sulinda ke SM. Sains Pasir Puteh... Semoga dapat menabur bakti dengan cemerlang di bumi SMSPP...

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat datang puteri2 Srikandi SCIPP kesayangan Ibunda ❤💚💙💛. Semoga selamat dalam perjalanan dan niatlah kehadiran anak2 kerana Allah swt.. hadir utk menuntut ilmu dunia akhirat.. terbina sahsiah terpuji akademik unggul kokurikulum...