Pelajar

GURU

MATA PELAJARAN

Profil Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP) telah dibuka pada 01 Januari 1998 merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ketiga di negeri Kelantan dan Sekolah Berasrama Penuh Puteri yang pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kampus SMSPP terletak kira-kira 37 km dari Kota Bharu dan 7 km dari Bandar Pasir Puteh menjadikan sebuah institusi yang jauh dan damai dari kesibukan kota. Sangat kondusif dari segi kedudukannya sebagai sebuah institusi pendidikan puteri.

Sekolah ini juga terletak di atas tapak seluas 18.6 hektar ( 62 ekar) merupakan sebuah sekolah yang mempunyai keluasan yang sangat besar menyebabkan sekolah ini seakan-akan menyamai sebuah kolej / kampus jika dilihat dari jauh.

Pada masa ini tapak seluas 18.6 hektar itu menampung tiga blok bangunan sekolah (bilik darjah) dan pentadbiran, empat blok asrama dan Dewan Makan, bengkel Kemahiran Hidup, bangunan Musalla, Makmal Komputer, Makmal Sains, Dewan Besar, kantin, 2 buah balai serba guna, Taman Herba Wetlands, Taman Refleksi, 15 unit kuaters guru dan 6 unit kuaters pekerja serta sebuah dusun buah-buahan.

 

Kemudahan-kemudahan sukan seperti gelanggang bola keranjang, badminton, tenis, bola tampar, squash dan petanque serta tiga buah padang permainan untuk hoki, bola jaring, bola baling dan trak 400 meter olahraga, sebuah astaka dan setor sukan.

Seperti 68 buah Sekolah Berasrama Penuh lain di Malaysia, SMSPP juga dibekalkan dengan tiga buah kenderaan untuk keperluan pelajar dan sekolah iaitu sebuah bas, coaster dan van. Pada tahun telah menerima sebuah bas sumbangan individu, bapa murid sekolah ini telah berjaya – 2 buah bas.

Pada tahun 1999 iaitu selepas lebih kurang setahun penubuhannya, SMSPP telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 88 buah sekolah di seluruh Negara untuk menjalani program Projek Rintis Sekolah Bestari.

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mula menerima pelajar sulung seramai 250 orang dalam tingkatan satu dan tingkatan empat pada 4 Mac 1998. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR dan PMR.

Kumpulan pertama pelajar SMSPP yang menduduki peperiksaan SPM adalah pada tahun 1999. Jumlah calon pada masa itu ialah 119 orang. Puteri-puteri sulung ini berjaya mencatat kelulusan 100% lulus. Kumpulan perintis PMR pula adalah pada tahun 2000 dengan jumlah calon seramai 157 orang. Kumpulan ini berjaya mencatat kelulusan 100% lulus. Seramai 60 orang berjaya mencapai 8A dan 76 orang lulus 7A.

 Sehingga kini setelah 15 tahun ditubuhkan, SMSPP telah berkembang selari dengan perkembangan dunia pendidikan. Banyak kejayaan yang telah digarap dan dicapai oleh SMSPP baik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Kejayaan-kejayaan itu bukan saja melibatkan pencapaian di peringkat nasional malah juga sampai ke peringkat antarabangsa.

Justeru kejayaan-kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi oleh SMSPP pada awal-awal dekad kedua penubuhannya ini maka pada tahun 2011 SMSPP telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5. Mudah-mudahan dengan usaha semua pihak, adalah diharapkan selepas ini SMSPP mengangkat tarafnya kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pula. Sebagai menghargai sumbangan pengetua yang menjadi tunjang kepada kejayaan sekolah, maka SMSPP juga berjaya menerima Pengiktirafan Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar melalui Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Pendidikan bagi tahun 2010 dan 2011.

Pn. Noriha Binti Mohamed

Pn. Noriha Binti Mohamed

Pengetua

En Aziz bin Derashid

En Aziz bin Derashid

PK PENTADBIRAN

Pn Hasimah Binti Harun

Pn Hasimah Binti Harun

PK HEM

En Mohd Asri bin Yusof

En Mohd Asri bin Yusof

PK KO-KURIKULUM

Berita Kami

Cara Buat QR Code https://www.raihanjalaludin.com/2020/01/cara-buat-qr-code.html?m=1

Selamat Datang Kepada Sensei Ria Sulinda ke SM. Sains Pasir Puteh... Semoga dapat menabur bakti dengan cemerlang di bumi SMSPP...

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah

Muat Turun Takwim Sekolah

Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun

Keterangan Lencana Sekolah

Latar Belakang
Berbentuk bulat melambangkan “borderless world” iaitu dunia tanpa sempadan

Warna Biru
Lambang kepada pendidikan secara holistik yang diberi penekanan di SMSPP

Warna Merah
Lambang perpaduan dan hubungan silaturrahim yang terjalin erat di antara ahli keluarga SMSPP

Banner SMSPP Pasir Puteh
Bermaksud SMSPP terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Motto Sekolah
ILMU AMAL GEMILANG adalah ikrar dan azam yang mana ilmu ditimba akan diamalkan yang pastinya menjanjikan kegemilangan hidup samada di dunia dan InsyaAllah di akhirat.

Warna Peach
Warna rasmi SMSPP. Warna peach menggambarkan kelembutan dan kesopanan diri ahli keluarga SMSPP tetapi tegas dan gigih dalam semua bidang yang diceburi

Gambar Atom
Melambangkan setiap pelajar SMSPP mempunyai kekuatan minda ke arah menguasai sains dan teknologi

Gambar Atom
Melambangkan setiap pelajar SMSPP mempunyai kekuatan minda ke arah menguasai sains dan teknologi

Lagu Sekolah

Srikandi SMSPP

Tersergam indah berdiri megah
Melahirkan insan cemerlang
Berbekalkan sahsiah yang mapan
Segalanya akan terlaksana
Melahirkan pemimpin masa depan
Menjadi tonggak tampuk negara

SMSPP

Berteraskan ilmu, amal, gemilang
Menjadi impian ayah dan bonda
Agar menjadi srikandi negara
Bakal menggoncang dunia

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Kami bangga menjadi wargamu
Para pendidik terus membimbing kami
Srikandi tunggak SMSPP

Gubahan / Lirik :
Batch pelajar Tingkatan 5 2000/2001

Objektif dan Misi Kami

Kami di SM Sains Pasir Puteh sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut

MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
VISI KAMI
PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA
SLOGAN KAMI

Pemikiran Berkualiti Kuasai Globalisasi

OBJEKTIF SEKOLAH
  1. Mendidik dan membantu murid-murid dalam pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi dan memiliki personaliti unggul.
  2. Memastikan pencapaian akademik murid memenuhi tahap piawaian sekolah dan SBP.
  3. Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dan iklim sekolah yang sihat.
  4. Melestarikan budaya sekolah yang mementingkan budi bahasa dan budaya kerja berprestasi tinggi.
  5. Memperkasa budaya soft skills.
  6. Membudayakan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.
  7. Merealisasikan sekolah berprestasi tinggi.
OBJEKTIF KPM

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.

MISI KAMI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Indivicu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTTO KAMI
Ilmu Amal Gemilang
PIAGAM PELANGGAN
SMSPP menjanjikan pendidikan berkualiti dan cemerlang dengan prasarana berkualiti ke arah menjana insan yang memiliki pemikiran aras tinggi dan personaliti unggul. SMSPP juga menawarkan layanan mesra dan komitmen yang tinggi serta memberikan informasi terkini setiap masa.

Kebajikan, Keselamatan warga SMSPP amat diutamakan di samping memberi penghormatan dan pengiktirafan yang wajar dan adil. SMSPP berusaha secara dua hala, bekerja dengan mesra dan berkesan dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua pihak dalam memacu kecemerlangan dan keterbilangan.

Kemudahan Sekolah

SM Sains Pasir Puteh lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif

Petunjuk Prestasi Utama Kami
KES PONTENG

Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%

KEDATANGAN MURID

Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%

KES DISIPLIN

Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0% 

KES MURID LEWAT

Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%

PEPERIKSAAN

Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum

 

SKOR KOMPOSIT

Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2

Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

+609-786 0031

SM Sains Pasir Puteh

16800, Pasir Puteh, Kelantan

fb.me/smsppp

SM Sains Pasir Puteh

Jln Jeram Pasu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia